SIAPA PEMINAT NASI KERABU BOLEHLA MASAK SENDIRI ,TAK PERLU LAGI BELI KAT PASAR PAGI ATAU PASAR MALAM.MASAK SENDIRI LEBIH SEDAP
BAHAN A:
NASI PUTIH/ NASI BERWARNA BIRU/KUNING(HANYA LETAK PEWARNA SAHAJA)
BAHAN B:
KUAHNYA
SANTAN 1/2 KILO
CILI KERING- 20 BIJI
BAWANG MERAH BESAR - 3 BIJI
BAWANG PUTIH- 2 ULAS
HALIA- 1 INCI
SERAI- 1 BTG
GULA MERAH (KELANTAN)- 1 KEPING/SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA
BAHAN C:
SAMBAL KELAPA
KELAPA PARUT - 1 BIJI KELAPA DI GORENG SAMPAI GARING
IKAN KEMBUNG SEDERHANA- 7 EKOR- DIBAKAR/DIREBUS TAWAR/TANPA GARAM
BAWANG MERAH BESAR- 1 BIJI
HALIA 1 1/2 INCI
LADA HITAM - 1 SUDU BESAR
SERAI - 4 BTG
GARAM -SECUKUP RASA
GULA-SECUKUP RASA
BAHAN D:
SAYUR-SAYURAN/KERABU
BUNGA KANTAN
TIMUN
KACANG PANJANG
DAUN KESUM
KOBIS
CARA-CARA:
BAHAN B ;
1.CILI KERING+BAWANG MERAH+BAWANG PUTIH-DIBLENDER
2.HALIA DAN SERAI -DIKETUK
3. CAMPUR SEMUA BAHAN DAN MASAK DI ATAS API SEDERHANA SEHINGGA PEKAT.BILA PEKAT/LIKAT MASUKKAN GARAM DAN GULA MERAH SECUKUP RASA
BAHAN C:
1. KELAPA DIGORENG GARING
2. IKAN YANG DIREBUS-DIBUANG TULANG DAN DITUMBUK HALUS
3.LADA HITAM,HALIA,SERAI DITUMBUK HALUS.MASUKKAN BAWANG MERAH,GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
4. GAULKAN SEMUA BAHAN BERSAMA-SAMA IKAN YANG DITUMBUK DAN KELAPA GORENG TADI.
BAHAN D:
SEMUA DIPOTONG HALUS
CARA MAKAN:
AMBIL SECAWAN NASI + SAMBAL KELAPA+KUAH+KERABU DAN BOLEH DIMAKAN BERSAMA-SAMA KEROPOK/IKAN MASIN/TELUR MASIN/AYAM MADU
RESEPI AYAM MADU AKAN DIBERI LAIN KALI
GAMBAR NASI KERABU TAK ADA SEBAB TERLUPA NAK RAKAM
No comments:
Post a Comment