SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

HAI SEMUA, HARAP SUDI MENLAWATI BLOG SAYA YANG TIDAK SEBERAPA INI. TUJUAN BLOG SAYA INI DIADAKAN ADALAH KERANA MINAT YANG MENDALAM DALAM BIDANG MASAKAN TERUTAMANYA DALAM BIDANG BAKERY TERUTAMANYA DALAM MEMBUAT KEK, BISKUT, CUPCAKE DAN PUDING.

Saturday, 21 May 2011

BUAH TANGAN UNTUK MAK BAWA BALIK KAMPUNG

SEMPAT BUAT 1 BIJI KEK COKLAT MOIST DAN 3 BIJI KEK PISANG.(KEK PISANG TERLUPA AMBIL GAMBAR)

 COKLAT MOIST CAKE

TEMPAHAN KEK OLEH HASANAH-STAF TADIKA

SELAMAT HARI JADI  HASANAH

TEMPAH 2 BIJI COKLAT MOIST KEK DENGAN SIMPLE DEKO BUTTER CREAM,
KATANYA 1 BIJI UNTUK KAWAN-KAWAN DAN SATU BIJI LAGI UNTUK KELUARGA.TQ



Friday, 20 May 2011

SENARAI HARGA PRODUK MAKYANI BAKERY

1. MUFFIN  -
SAIZ M -RM0.80 SEBIJI MINIMA ORDER 25 PCS
SAIZ L - RM1.20 SEBIJI MINIMA ORDER 20 PCS

2.  APAM POLKA DOT DOT/ APAM PISANG/APAM GULA HANGUS 
-RM 30 - 100 BIJI,MINIMA ORDER 50 BIJI

3.CUP CAKE 
a) CUP CAKE TANPA DEKO - SAIZ SEDERHANA -RM 0.80 PCS, MINIMA
     ORDER 20 PC
b) CUP CAKE DEKO BUTTERCREAM/BUTTER COKLAT-SAIZ SEDERHANA
      RM 2.00  SEBIJI- MINIMA ORDER 20 PCS
c) COKLAT MOIST CUP CAKE - RM 2.00 SEBIJI- SAIZ SEDERHANA MINIMA ORDER 20 PCS
d) CUP CAKE DENGAN GAMBAR KARTUN-  SAIZ SEDERHANA- RM 2.30
      SEBIJI, MINIMA ORDER 20 PCS

 4. KEK
a) COKLAT MOIST KEK
- SAIZ 6" - + 500 GRM -RM 15.00 SEBIJI
- SAIZ 7" - + 700 GRM - RM 22.00 SEBIJI
- SAIZ 9" - + 1 KG - RM 38.00 SEBIJI
   # COKLAT MOIST DI ATAS ADA DEKO SIMPLE BUTTER CREAM

  b) PLAIN KEK - KEK BUTTER,BUTTER MARBLE,KEK OREN,KEK STRAWBERRY,MIX 
      FRUIT LIGHT KEK, APPLE MOIST KEK,KEK PISANG.

 SAIZ 7" - > 700 GRM - RM 20.00 SEBIJI
 SAIZ 9 " -> 1 KG - RM 32.00 SEBIJI

5. TART 
 a) TART TELUR - RM 1.50 SEBIJI-SAIZ SEDERHANA , MINIMA ORDER 20 PCS
 b) CHEESE TART/BLUEBERRY/STRAWBERRY/CHOC-50 PCS - RM 32

6. KUIH RAYA
- SEMUA JENIS KUIH RAYA KECUALI SEMPERIT SUSU KLASIK- 50 PCS -RM 22,
   100 PCS- RM 44
 - SEMPERIT SUSU KLASIK- RM 20- 50 PCS-100 PCS-RM 40

HARGA TIDAK TETAP,BOLEH BERUBAH MENGIKUT KOS BAHAN MENTAH.TQ
             

Wednesday, 18 May 2011

BISKUT RAYA 2011- SUDAH BOLEH MENEMPAH ATAU MENJADI DEALER KUIH RAYA

 PREETY LADY


GREEN BLOSSOM

COFFEE LATHE



NESTUM ROCK

 COCONUT CRUNCY

 CHOCOLATE HAWAIAN FANTASI

DOUBLE CHOCOLATE

 CAPUCINO PEANUT CLUSTER

 SEMPERIT SUSU KLASIK

 UNTUK TEMPAHAN ATAU MENJADI DEALER JUALAN SILA HUBUNGI YANI- 0195448742- UNTUK MENGAMBIL SAMPEL ATAU ANDA BOLEH DOWNLOAD TERUS DARI BLOG INI ATAU FB NORYANI MOHD NOR.

PERBINCANGAN MENGENAI HARGA SILA HUBUNGI NOMBOR DI ATAS JUGA-TQ
















Friday, 13 May 2011

HAI BERJUMPA LAGI , MASAKAN TERKINI SAYA DALAM MINGGU INI


 MUFFIN CAROT DAN MUFFIN PISANG UNTUK SUKAN TAHUNAN TADIKA KAK NORLI



COKLAT MOIST KEK - 1.5 KG TEMPAHAN MAK LONG


MIX FRUIT CHEESE CAKE- AMBIL RESEPI DARI BLOG NORAINI ABD WAHAB
RESEPINYA:
BAHAN A :
170 GM BUAH-BUAHAN CAMPURAN
2 SUDU BESAR JUS OREN / 4 SB JUS LIMAU MANDARIN + 1 SB AIR
(GAUL DENGAN BUAHAN CAMPURAN DAN PERAPKAN SELAMA 2 JAM)
BAHAN B:
70 GM BUTTER
70 GRM KRIM KEJU
70 GM GULA PERANG
2 BIJI TELUR SAIZ A
1 SUDU KECIL PES LIMAU
80 GRM TEPUNG GANDUM 
1/2 SUDU KECIL BAKING POWDER

CARA:
1.PUKUL BUTTER,KRIM KEJU DAN GULA MERAH SEHINGGA KEMBANG
2.MASUKKAN TELUR DAN PES LEMON DAN PUKUL SEBENTAR
3.MASUKKAN TEPUNG DAN BAKING POEDER BERSELANG-SELI DENGAN BUAH-BUAHAN YANG DIPERAP TADI. GAUL SEBATI
4. TUANGKAN DALAM LOYANG DAN BAKAR PADA SUSU 170C-180C SELAMA 45 MINIT.


MUFFIN DI BUNGKUS UNTUK TADIKA KAK NORLI


BUAH TANGAN UNTUK CIK PIAH DAN PAK ADI


Monday, 9 May 2011

APAM PISANG-YANG LEMBUT DAN GEBU

!DI BUKA UNTUK TEMPAHAN.MEMANG SEDAP!!!


BUAT UNTUK SARAPAN MURID-MURID TADIKA.SIAPA YANG MALAS NAK BUAT BOLEH TEMPAH,SIAPA YANG RAJIN BOLEH LA BUAT SENDIRI.

RESIPI APAM PISANG

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA HALUS
4 BIJI TELUR
3/4 CAWAN MENTEGA (DICAIRKAN)/BOLEH JUGA GUNA MINYAK SAYURAN
1 SUDU TEH BAKING POWDER
1 SUDU TEH SODA BIKARBONAT
SECUBIT GARAM
1 SUDU TEH ESEN VANILLA
8 BIJI PISANG EMAS(DILECEK)

CARA:
1.TELUR+MENTEGA+GULA -DIPUKUL SEHINGGA SEBATI MASUKKAN ESEN VANILA DAN GARAM.
2.AYAK TEPUNG BERSAMA BAKING POWDER DAN SODA BIKARBONAT.
3. MASUKKAN TEPUNG SEDIKIT DEMI SEDIKIT SAMPAI HABIS.
4. MASUKKAN PISANG YANG TELAH DILECEK,GAUL RATA
5. MASUKKAN DALAM ACUAN LOMPANG DAN KUKUS SELAMA 20 MINIT.

SELAMAT MENCUBA

Saturday, 7 May 2011

RESEPI NASI KERABU- SELAMAT MENCUBA

SIAPA PEMINAT NASI KERABU BOLEHLA MASAK SENDIRI ,TAK PERLU LAGI BELI KAT PASAR PAGI ATAU PASAR MALAM.MASAK SENDIRI LEBIH SEDAP

BAHAN A:

NASI PUTIH/ NASI BERWARNA BIRU/KUNING(HANYA LETAK PEWARNA SAHAJA)

BAHAN B:
KUAHNYA

SANTAN 1/2 KILO
CILI KERING- 20 BIJI
BAWANG MERAH BESAR - 3 BIJI
BAWANG PUTIH- 2 ULAS
HALIA- 1 INCI
SERAI- 1 BTG
GULA MERAH (KELANTAN)- 1 KEPING/SECUKUP RASA
GARAM SECUKUP RASA

BAHAN C:
SAMBAL KELAPA

KELAPA PARUT - 1 BIJI KELAPA DI GORENG SAMPAI GARING
IKAN KEMBUNG SEDERHANA- 7 EKOR- DIBAKAR/DIREBUS TAWAR/TANPA GARAM

BAWANG MERAH BESAR- 1 BIJI
HALIA 1 1/2 INCI
LADA HITAM - 1 SUDU BESAR
SERAI - 4 BTG
GARAM -SECUKUP RASA
GULA-SECUKUP RASA

BAHAN D:
SAYUR-SAYURAN/KERABU
BUNGA KANTAN
TIMUN
KACANG PANJANG
DAUN KESUM
KOBIS


CARA-CARA:
BAHAN B ;
1.CILI KERING+BAWANG MERAH+BAWANG PUTIH-DIBLENDER
2.HALIA DAN SERAI -DIKETUK
3. CAMPUR SEMUA BAHAN DAN MASAK DI ATAS API SEDERHANA SEHINGGA PEKAT.BILA PEKAT/LIKAT MASUKKAN GARAM DAN GULA MERAH SECUKUP RASA

BAHAN C:

1. KELAPA DIGORENG GARING
2. IKAN YANG DIREBUS-DIBUANG TULANG DAN DITUMBUK HALUS
3.LADA HITAM,HALIA,SERAI DITUMBUK HALUS.MASUKKAN BAWANG MERAH,GARAM DAN GULA SECUKUP RASA
4. GAULKAN SEMUA BAHAN BERSAMA-SAMA IKAN YANG DITUMBUK DAN KELAPA GORENG TADI.

BAHAN D:
SEMUA DIPOTONG HALUS

CARA MAKAN:
AMBIL SECAWAN NASI + SAMBAL KELAPA+KUAH+KERABU DAN BOLEH DIMAKAN BERSAMA-SAMA KEROPOK/IKAN MASIN/TELUR MASIN/AYAM MADU

RESEPI AYAM MADU AKAN DIBERI LAIN KALI

GAMBAR NASI KERABU TAK ADA SEBAB TERLUPA NAK RAKAM

Friday, 6 May 2011

APAM POLKADOT UNTUK MAJLIS KAK NORLI - LHDN

Tak sempat nak buat banyak - hanya 250 biji saja, tp tak palah jamuan nya utk 71 orang, harap cukuplah



TEMPAHAN KEK COKLAT MOIST-OLEH WATIN

Kek 1.5 kg untuk ibunya yang tercinta sempena hari ibu , semoga beliau berpuas hati. Kalau ada sebarang komen sila kemukakan  supaya dapat diperbaiki di masa akan dtg.tq

cuma satu ,tak tulis selamat hari ibu

MENYIAPKAN 115 BIJI CUPCAKE UNTUK HARI IBU

Alhamdulillah, sudah ada yang menempah cupcake saya






BUAH TANGAN UNTUK ADIK MAK LONG DI SEREMBAN DAN KL

CUP CAKE DAN COKLAT MOIST KEK
 cup cake-buttercream



 coklat moist cake

MENYIAPKAN 180 BIJI CUPCAKE UNTUK UPACARA SUKANEKA TADIKA

Antara yang sempat dirakam.
180 biji cup cupcake utk murid2
kek coklat moist - untuk cikgu

MENERIMA TEMPAHAN PERTAMA

DARI FAEZAH - STAF TASKA- 2 BIJI KEK BUTTER MARBLE DAN 1 BIJI KEK PISANG DARI MIRA (STAF TASKA)
kek butter mable- tq faezah, kalau sedap boleh tempah lagi